Thursday, 2 August 2012

SambutaN JubLi PeraK ASAT 2012

sedar tak sedar sudah masuk angka ke-25 tahun anugerah seri asrama terbilang kedah. memang benar kata pepatah pengalaman mendewasakan manusia. Sepanjang 25 tahun penganjuran ASAT pelbagai kejayaan telah ditempa oleh negeri jelapang padi ini. Bermula dari aspek keceriaan sehinggalah ke kemenjadian pelajarnya. Bukan sekadar mengukir nama di peringkat negeri malah telah melakar pelbagai kejayaan yang membanggakan di persada kebangsaan dan antarabangsa. Sekilas ikan di ari sudah tahu mana jantan dan betinanya. Apa tidaknya, dalam setiap pertandingan ASAT peringkat kebangsaaan segala keputusan bagi negeri kedah sudah pun boleh dijangkakan melalui sekilas pandang sahaja. Inilah pentingnya pengalaman tersebut. Antara kejayaan yang telah ditempa ialah Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang hampir setiap tahun dan tokoh-tokoh pelajrnya pula tidak pernah mengecewakan apabila bertanding di peringkat kebangsaan. Inilah gunanya pengalaman tersebut. Pada tahun ini, ASAT kedah meraikan sambutan jubli perak dan penghargaan ini telah dirakamkan dalam buku Jasamu Dikenang hasil pelajar-pelajar SMK Tunku Temenggung, Pendang Kedah.

gambaran pentas 

Buku ini merupakan ilham Tn Haji Abdullah Thani Ibrahim atau nama panggilan manja kami semua "pak ndak". seorang yang sangat komited terhadap tugasnya dan mempunyai idea yang sangat bernas. Hasil usaha celiau telah meletakkan negeri kedah sebagai penanda aras untuk setiap aktiviti asrama. tahun ini juga merupakan tahun terakhir beliau kerana akan bersara wajib ogos ini. Selamat bersara pak ndak...

pak ndak meneliti persiapan terakhir

majlis yang berlangsung penuh gilang gemilang ini juga telah menemukan aku dengan guru sekolah rendahku yang sangat spoting...tidak diduga masih mengenali daku dan sahabat yang lain. tidak dilupaka juga kepada warden yang menjaga aku dari tingkatan satu hingga 6. inilah hadiah terbaik buatku..

bersama cikgu martdiyah dan pak ndak

bersama cikgu fauziah

masa ni juga la dapat berjumpa rakan-rakan yang telah lama tidak bersua. semuanya sudah berjaya. bangga rasanya melihat mereka. apa pun kamu semua berjaya atas usaha sendiri dan berbanggalah dengan hasilnya. tidak dilupakan juga kawan-kawan lama di asrama. turut serta memeriahkan suasana. sangat gembira berjumpa anda semua.

bersama rakan-rakan seperjuangan

bersama-sama rakan asrama

dan akhirnya berbangga jugalah melihat asrama tempat aku dibesarkan mencapai pelbagai kejayaan. tahniah buat semua yang meneruskan legasi kejayaan asrama. harap anda teruskan usaha untuk terus meletakkan asrama SMKTT sebaris dengan asrama terbaik di kedah dan malaysia...aminn...

ieyka dan pak ndak

anugerah khas JPN bekas pelajar

 anugerah PK HEM terbaik...cikgu mahadir

anugerah jasamu dikenang...

anugerah seri perkasa & dokumentasi terbaik

bersama cik zafirah chienta dan pak ndak...

terima kasih buat semua..tahniah dan syabas atas kejayaan anda..keep in touch..


Saturday, 28 July 2012

MAC Kali KeDua...

bersambung semula untuk kali kedua...masih terdapat lagi ceritera yang beraksi semasa majlis ini berlangsung...
bersama rakan-rakan dan guru-guru yang telah lama tidak bersua sangat banyak celoteh yang menjadi buah mulut kami semua...
tapi bagi meredak keadaan molek rasanya kita layan sahaja gambar-gambar yang sempat dirakam di sini...
ni junior2 yang sempoi dan bijak2 belaka 

keluarga bahagia di asrama

 cikgu sejarah yang sangat sporting...bersama anak buah baru

budak kecik comey bersama budak besar cumey dan penyanyi ala2 arabic dah..xkenal aku dibuatnya ketika  pertama kali memandang...

ni budak howtt yg cumey..pilih la yg mana suka...

 dah macam bercouple dah mereka berdua..sangat serasi bersama

ini pula sahabat lama..kini berda di ASWARA...cikgu rock!!!

cukuplah buat seketika...bertemu kembali dilain ketika...semoga anda terus berjaya hendaknya la...bukan mudah mencipta kejayaan...


Friday, 27 July 2012

KENANGAN LALU MENGUSIK KALBU

Setahun sudah berlalu meninggalkan kamu, namun masih terasa bagai semalam perpisahan itu berlaku...
bersamamu pelbagai suka duka dilalui dengan penuh tekun dan sabar...
kini segalanya telah berakhir dan aku kembali menemui sentuhan dulu...
mengimbau kenangan bersamamu, membuatkan hatiku kembali merindu setiap detik yang telah berlalu...
detik-detik itu telah terakam dalam memori hidupku dan memori itu telah bertukar plot ceritanya..
ayuh kembali mengimbau sekitar majlis anugerah cemerlang yang suatu ketika dahulu menjadi kegilaanku bersama rakan-rakanku untuk berjumpa tuan empunya milik sekolah itu TUNKU TEMENGGUNG KEDAH...
sambutan penuh istiadat 

penyambut tetamu yang setia menunggu ketibaan YTM bersama isteri

wajah ceria warga pendidik setelah selesai majlis berlangsung

penghibur yang sentiasa menemani majlis sejak dahulu

bersama sahabat lama yang kini sedang berjuang di medan ilmu mengejar cita-cita sebagai seorang penghibur......

cukuplah setakad ini sahaja..lain hari berjumpa lagi untuk slot yang seterusnya..
selamat berjaya untuk semua...:)

Saturday, 17 March 2012

M.I.T dinNeR YanG HappEning

sekian lama tidak mengungkap tinta, kini aku kembali untuk mengungkapnya..
semesta baru yang sangat memenatkan otak dan membingungkan kepala serta menyengkangkan mata sehingga larut lama. pelbagai agenda yang dirancang perlu disegerakan..lantas pengorbanan masa perlu ditingkatkan. biasa la, alah bisa tegar biasa. sungguhpun begitu, kegembiraan jelas terpancar tatkala segala yang direncana berjalan dengan lancar. 
penat serta letih hilang tanpa sedar dek ramainya kenalan baru yang diterima...
bukan mudah untuk berkumpul bersama-sama kalau tiada program yang melibatkan semua..
setiap detik yang dilalui bersama pasti meninggatkan semua. dan inilah setiap detik tersebut.
jeep jazzband feat pipa instrument
tarian 1 malaysia oleh adikarma
tarian etnik sarawak juga oleh adikarma
tarian india oleh mira, arja lee n sapa ntah...haha
ini dah macm nak kwin pulak..
joget pahang vs zapin oleh adikarma

inilah detik-detik yang dilalui sepanjang program ini berlangsung.sangat penat dan menghiburkan hati yang berduka lara.haha
see u next episode...

Monday, 9 January 2012

SedingiN SalJu...

Malam yang suram tetiba saja bertukar ceria..
perut yang kenyang tetiba saja lapar kembali...
kemana harus aku pergi..lewat malam begini terasa malas untuk bergerak kemana-mana...
selepas sahaja berchatting dengan zaid terlintas satu idea...din jum teman aku jap..kita g snap pic untuk banner...
ok saja bro..ayuh..tapi kita makan dulu..lapar douh..
haha..
ni la yang kami pekena tadi..

then kami bjalan2 merapu dekat area desasiswa....bersama ini kami tinggalkan untuk anda...
stop here!!!
fikir sejenak apa yang bakal berlaku kepadamu....
jangan sesekali kau menoleh kebelakang atau memandang serong...
atau terlalu bergantung kepada orang lain...
kerana mungkin anda akan mendapat banyak pilihan yang kurang pasti...
dan akhirnya anda terpaksa menunggu lebih lama untuk mencapai hajat anda..
kesimpulannya, pilihlah jalan yang lurus kerana ianya mampu membawa anda ke jalan yang benar dan mudah untuk mencapai kejayaan...
selalulah mengulangkaji pelajaran anda & jangan buang masa kerana kejayaan terletak di tangan anda..
anda mampu mengubahnya...
lakukanlah yang terbaik dalam hidup anda...berjuanglah selagi anda mampu..jangan terus mengalah atau tunduk dengan mudah...





Saturday, 7 January 2012

UnTuk KaMU...

hari ini sangat pelik..jadual lama jam 3 baru mula..tapi jadual baru 2.15 ptg sudah bermula..
aku sangat cemas kot..ntah mengapa tersilap lihat jadual exam...
tersentak seketika kot..arrrgghh...aku sudah lewat untuk menduduki exam LKM400..30 minit sudah berlalu...bas masih tidak berjalan...
dengan mudah..aku la yg jalan dulu...kan senang...
tapi alhamdulillah..Allah maha adil..
diberi kesempatan untuk aku menduduki ujian lagi...
dengan tenang aku menjawab soalan bermula jam 2.45 ptg (30 minit lewat)
siap 3.50 ptg (awal 25 minit) menunggu didalam dewan sehingga masa tamat..
tetiba ada soalan dari rakan sebelah..
"hey kau masuk lewat kenapa siap awal dari aku"
tersenyum sahaja aku..tidak tahu untuk membalasnya...
setelah selesai..
berjimba2 d QB..
ni la yang aku beli...untuk kamu kawanku!!
kau tak suka kan yang ini....
jangan risau...ada lagi...
ini tentu kau suka kan..
ala2 photographer gitu...
dan ini lagi satu...
ini really nice kot...
like3!!
aku pun xtau nak pilih yang mana..banyak sangat..dkat brand outlet pn ok la noh..asalkn jnama dari padini jgak...tapi aku sayang kamu!!!2 pn ok la..xbley la sama dgn adik sayang aku...nanti dia marah pulak kan...
budak2 lagi..besa la tu...kna paham ckit...
ini pilihan untuk kamu...2 sahaja..hehe
apa pun kamu juga kusayang...biarpun tidak sama tetapi serupa...

letih2 berjalan,menjalan,terjalan,kejalan dan akhirnya dijalan.....
thank aimi aizat coursemate,asmawi coursemate & amirul roomateku!!!
nanti kita jalan2 lagi!!!




Thursday, 5 January 2012

CerIta KaMi...

seperti kebiasaan...setiap sidang mesti sahaja ada benda ni..ekspo jualan WUS..time ni la kami semua diuji oleh lec yang paling hapening sampai pening kami semua...almakluhlah..masing-masing kena jual barang..tapi sangat enjoy..bersama ahli yang berlainan bangsa,pusat pengajian dan jantina bukan penghalang kepada kami untuk terus bersatu kerana kami satu...USM!!!!
wahh..dah macam 1 Malaysia la pulak noh..
group aku 84..bersama kawan senegeri dan sekolah lama sangatlah tidak menjadi masalah...
kadang-kadang macam reunion plak..untoongg la kn..dapat kawan sesekolah,senegeri dan sePLKN lg..
fadzil,choki & yan jo bersama shie peng sangatlah enjoy...
ni la depa semua..enjoy gilerr..
kami jual hari jumaat..last day untuk ekspo tu...kbtulan hari tu jugak ada hari ko-k..
jadi, banyak la aktiviti yang ada...silat, canting batik, senamrobik dll la...
gerai kami jual barang yang agak unik dan sangat menarik perhatian..
maklomlah..dengar-dengar khabaq depa kata 1st time ada barang macm ni yang juai kat ekspo WUS...
ni la barang tu.."tembikar labu sayong:..hahahha

kami dapat benda ni dari perak..tempat asal la ktakn...
anyway..jual benda ni sangat best!!!
ramai kawan2 yg support...
ni lah depa semua tu..
jiran sebelah kami....cikgu2 semua ni..

ni gang-gang seni pulak...mimi n da gang...

yang ni gang2 terjemahan aku..hepi-hepi saja depa ni...
dan ini semua gelagat kami...

dan last skali..ni result kami!!terkejut kot!!!cayalah group 84..:)
nah ame kau...da boom kot!!
huhu...
apapun..ekspo jualan wus memang terbaek...dapet eratkan silaturrahim antara kami semua....
best lah ktakn..huhu..

tunggu kesudahan ekspo ini nanti..

created by: cucatok@blogspot.com
via : sharmir@bloqspot.com..